Tentang Kami

 
Pusat Internet Desa (PID) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia. (KKMM)





Adalah menjadi hasrat KKMM untuk menaiktarafkan fungsi 42 PID tersebut kepada satu pusat sehenti yang boleh memberi peluang-peluang digital kepada komuniti di luar bandar dalam membentuk satu masyarakat Malaysia yang berilmu. Proses penaiktarafan ini dilaksanakan secara berperingkat yang merangkumi peningkatan peralatan, kaspasiti penyelia dan penglibatan komuniti.
(KKMM) dalam usaha untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat Malaysia. PID yang pertama telah ditubuhkan pada bulan April 2000 dan hingga kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang dilengkapi dengan peralatan komputer, talian internet, mesin pencetak, mesin pengimbas dan lain-lain.


  • Setiap PID telah menerima peralatan baru seperti komputer riba, mesin faksimili, projektor, dan peralatan internet tanpa wayar.
  • Latihan menambahbaikan kapasiti para penyelia telah dan sedang dijalankan agar mereka menjadi juru motivasi yang lebih efektif kepada komuniti dan sebagai usahawan sosial.
  • Bagi penglibatan komuniti pula, PID telah menubuhkan Kelab Usahawan Sosial dan melakukan pelbagai aktiviti dengan penyertaan aktif komuniti.

Kini, kesemua 42 PID di seluruh Malaysia telah berjejaring  dengan aktif bagi memberikan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti. Sebagai sebuah keluarga, rangkaian PID ini juga disokong oleh PID Network Hub (PNH) untuk tujuan promosi, latihan, berjejaring, rakan-rakan portal, pemanfaatan web 2.0. dan lain-lain.

Dengan segala usaha yang telah dijalankan ini diharap pelbagai kemudahan yang disediakan seperti latihan komputer dan internet, perkhidmatan online, dan peluang-peluang digital dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat dengan sebaik-baiknya dan akhirnya PID mampu berdikari.


PID ZON UTARA
Pusat Internet Desa Simpang Empat, Perlis
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, Kedah
Pusat Internet Desa Yan, Kedah
Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Kedah
Pusat Internet Desa Kupang, Kedah
Pusat Internet Desa Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pulau Pinang
Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Perak


0 comments:

Post a Comment