Aunty dari PID Simpang 4, Perlis
Antara mesej-mesej beliau dengan Pengurus PID Simpang 4 sebelum dan selepas berkursus
**************************************************************************
FADZILAH ILA
Xalcvin Ho
Farah Liana
******************************************************************
Siti Aishah Binti Ahmad
Terima kasih kepada cikgu Zatul di atas tunjuk ajar sepanjang saya mengikuti Kelas Asas Komputer di Pusat Internet Desa Kuala Kurau. Alhamdulillah, dengan sijil yang diberikan saya telah mendapat jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Matang Gedu, Bagan Serai, Perak. Terima kasih kerana banyak membantu saya yang memang buta IT sehingga "berani" menggunakan aplikasi-aplikasi komputer.
*********************************************************************
Ng Chin Hock dan Isteri (Pasangan OKU - Pekak & Bisu)
(diberikan secara bertulis)
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan kerana dengan adanya Pusat Internet Desa Kuala Kurau, nama saya dan isteri tidak tercicir daripada mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat setiap bulan. Ini kerana, saya dan isteri tidak tahu cara memohon bantuan. Saya harap, pihak Puan dapat membantu lebih ramai orang susah yang tidak tahu cara untuk memohon bantuan.
********************************************************************
Nazrul Bin Muhammad
Saya adalah bekas pelajar di Pusat Internet Desa Kuala Kurau yang mengikuti Kelas Asas Komputer di bawah bimbingan Puan Zatul Immah. Sepanjang mengikuti program ini, saya di ajar dari A - Z berkaitan Microsoft Office (Ms Word, Ms Excel, Ms PowerPoint) dan Internet. Alhamdulillah dengan sijil yang diberikan, saya berjaya mendapat jawatan Kerani Pos. Terima kasih.
*******************************************************************
*******************************************************************
Testimoni Pengguna di PID.
"Alhamdulilah , saya Abdul Muhaimin Bin Saad , berkesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Internet Desa Simpang Empat, dengan wujudnya PID ini , saya dapat melayari Internet dengan Percuma (2004 -2011) . Di sinilah saya menghabiskan masa terluang saya dengan mencari maklumat- maklumat yang terkini. Layanan dan Khidmat Nasihat serta Tunjuk Ajar yang diberikan oleh KakTie ( Pn Rahimawati ) amatlah di hargai. kerana sentiasa melayan kerenah-kerenah pengguna sama ada belia, warga emas dan kanak-kanak.. Kini , saya akan melanjutkan pelajaran saya Ke MESIR dalam Bidang Syariah.
*****************************************************************************
************************************************************************
MAI SARAH BINTI AZIZ
Antara mesej-mesej beliau dengan Pengurus PID Simpang 4 sebelum dan selepas berkursus
**************************************************************************
Testimoni Usahawan Kelab Usahawan Sosial, PID
Testimoni Peserta Kursus Asas PID
*************************************************************************
Testimoni Peserta Kursus Asas PID
Nur Hanisah
Pada
pendapat saya,kewujudan Pusat Internet Desa ini telah membuka lebih banyak
peluang dan ruang kepada komuniti di luar bandar yang merangkumi pelbagai
golongan umur dan taraf sosial untuk mempelajari ilmu teknologi.Ianya sangat
bertepatan dengan motto P.I.D iaitu 'Merapatkan Jurang Digital'.
Selain
itu,yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus ini juga amat berpatutan jika
dibandingkan dengan pusat-pusat lain yang seumpamanya.Penubuhannya juga dilihat
banyak membantu komuniti desa khususnya bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor ini
dalam memberi latihan dan kemudahan akses internet tanpa perlu berulang-alik ke
bandar.Disamping itu,bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan,sijil
yang diperoleh boleh membantu dalam mencari pekerjaan.
Oleh
itu,saya berharap Pusat Internet Desa akan dapat diteruskan dan ditambah
baikkan untuk kebaikan semua.
***********************************************************************
Nor Hasliza Shaari
Pendapat saya mengenai
pusat internet desa ini ia bagus untuk semua lapisan masyarakat tak kira usia .
Dengan adanya pusat internet desa ini secara tak langsung boleh membantu
masyarakat yang kurang mampu khususnya supaya mempelajari asas-asas dalam
pembelajaran komputer.pada zaman ini perlu bagi setiap orang tahu mengenai
komputer.diharap pusat internet desa ini dapat diteruskan pada masa akan
datang....
***********************************************************************
Farah Izzati
Pusat
Internet Desa adalah satu tempat untuk merapatkan jurang digital di kawasan
luar bandar. Ianya berguna dan baik kepada masyarakat luar bandar.
*************************************************************************
FADZILAH ILA
Pada
pendapat saya,kewujudan Pusat Internet Desa dapat membantu masyarakat terutama
masyarakat luar bandar untuk belajar dan menambah pengetahuan seperti dalam
penggunaan komputer, internet, dan sebagainya. Ia juga menawarkan bayaran yang
rendah sesuai bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah supaya tidak ketinggalan
dalam zaman sains dan teknologi ini bergerak seiring dengan negara maju
lain.
**********************************************************************
Xalcvin Ho
Padapat
saya Pusat Internet Desa adalah sesuatu program yang bagus dalam membantu
pelajar lepasan SPM untuk lebih memanfaat masa senggang mereka untuk
mempelajari lebih banyak tentang dunia IT dengan bantuan tenaga pengajar yang
bertauliah.
************************************************************************
Farah Liana
Pada pendapat saya, Pusat
Internet Desa amat bagus sekali untuk memberi galakan kepada remaja untuk
menambah pengetahuan tentang ICT.. Disamping itu,tenaga pengajar yang
begitu 'care' terhadap 'students' mereka..Alhamdullilah,dengan
mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar di Pusat Internet Desa
ini, sedikit sebanyak membantu saya dalam ilmu ICT...Terima Kasih..
**********************************************************************
Sharifah Salwa Sharifah
Salwa
Pada
pendapat saya,pusat internet desa sangat bagus diadakan kepada orang ramai agar
lebih ramai lagi penduduk mengetahui serba sedikit tentang fungsi dan
kegunaan komputer.Hal ini boleh dilakukan kepada orang ramai tidak mengira umur
sama ada yang tua ataupun muda dengan harapan sifar IT.Latihan yang diberikan
cukup menarik minat saya dan membantu saya untuk melakukan sebarang tugasan
yang berkaitan dengan kerja komputer.Saya harap saya dapat belajar lebih
mendalam lagi tentang fungsi komputer agar ilmu ini dapat dimanfaatkan sebaik
mungkin untuk masa depan saya.Saya mengucapkan terima kasih kerana telah
mengajar saya tentang kegunaan komputer.
**************************************************************************
Arif Aiman
Pada
pendapat saya, Pusat Internet Desa (PID) merupakan sebuah tempat yang mampu
melahirkan masyarakat yang celik IT. Berpegang kepada cogan kata mereka,
'Merapatkan Jurang Digital' , pelbagai lapisan masyarakat akan didedahkan
mengenai dunia teknologi maklumat iaitu dunia di hujung jari. PID juga
menawarkan kursus komputer yang melatih masyarakat yang berumur 18 tahun ke
atas agar lebih cekap dan mahir menggunakan komputer. Oleh itu, saya yakin
bahawa PID dapat merealisasikan hasrat kerajaan iaitu untuk mengurangkan
masyarakat yang buta IT.
*************************************************************************
Nurul Asikin Binti Ali Ali
Bin Che Omar
Assalamualaikum saya
pelajar pengajian kursus komputer di Pusat Internet Desa Tasek Gelugor. Saya
berasa gembira kerana dapat mengikuti kursus ini yang memberi manfaat serta
tunjuk ajar tentang dunia teknologi yang serba canggih. Saya harap kursus ini
tetap kekal sampai bila-bila agar dapat membantu anak-anak generasi yang akan
datang. Saya tak tau nak komen apa tapi saya seronok dapat belajar. Saya harap
semua orang jangan melepaskan peluang yang ada dan harga pembelajaran yang
begitu berpatutan. Setakat ini sahaja yang dapat saya katakan dan saya ucapkan
ribuan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Saya harap Pusat Internet ini
dapat sambutan yang menggalakkan sama ada remaja dan orang dewasa.
***************************************************************************
Siti Nor Faizah Salleh
Alhamdulillah..terima kasih kepada kedua-dua
pengajar di Pusat Internet Desa ini.Dengan mengikuti kursus ini, saya
memperoleh pengetahuan dan juga pengalaman mengenai pengggunaan komputer dan
juga internet.Semoga Pusat Internet Desa Tasek Gelugor terus berjaya dan
menjadi tumpuan para penggemar dunia IT untuk******************************************************************
Siti Aishah Binti Ahmad
Terima kasih kepada cikgu Zatul di atas tunjuk ajar sepanjang saya mengikuti Kelas Asas Komputer di Pusat Internet Desa Kuala Kurau. Alhamdulillah, dengan sijil yang diberikan saya telah mendapat jawatan tetap sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Matang Gedu, Bagan Serai, Perak. Terima kasih kerana banyak membantu saya yang memang buta IT sehingga "berani" menggunakan aplikasi-aplikasi komputer.
*********************************************************************
Ng Chin Hock dan Isteri (Pasangan OKU - Pekak & Bisu)
(diberikan secara bertulis)
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan kerana dengan adanya Pusat Internet Desa Kuala Kurau, nama saya dan isteri tidak tercicir daripada mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat setiap bulan. Ini kerana, saya dan isteri tidak tahu cara memohon bantuan. Saya harap, pihak Puan dapat membantu lebih ramai orang susah yang tidak tahu cara untuk memohon bantuan.
********************************************************************
Nazrul Bin Muhammad
Saya adalah bekas pelajar di Pusat Internet Desa Kuala Kurau yang mengikuti Kelas Asas Komputer di bawah bimbingan Puan Zatul Immah. Sepanjang mengikuti program ini, saya di ajar dari A - Z berkaitan Microsoft Office (Ms Word, Ms Excel, Ms PowerPoint) dan Internet. Alhamdulillah dengan sijil yang diberikan, saya berjaya mendapat jawatan Kerani Pos. Terima kasih.
*******************************************************************
*******************************************************************
Testimoni Pengguna di PID.
"Alhamdulilah , saya Abdul Muhaimin Bin Saad , berkesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Internet Desa Simpang Empat, dengan wujudnya PID ini , saya dapat melayari Internet dengan Percuma (2004 -2011) . Di sinilah saya menghabiskan masa terluang saya dengan mencari maklumat- maklumat yang terkini. Layanan dan Khidmat Nasihat serta Tunjuk Ajar yang diberikan oleh KakTie ( Pn Rahimawati ) amatlah di hargai. kerana sentiasa melayan kerenah-kerenah pengguna sama ada belia, warga emas dan kanak-kanak.. Kini , saya akan melanjutkan pelajaran saya Ke MESIR dalam Bidang Syariah.
*****************************************************************************
Testimoni Repair PC @ PID
"Assalamulaikum, salam 1 Malaysia.. saya Shiraathi Mustaqim bin Saad , Pelajar Ijazah Pertama dalam Jurusan Kimia dan Biologi di UiTM Shah Alam. PID Simpang Empat, bermulanya detik saya mengenali komputer, di sinilah saya mendapat segala maklumat serta tunjuk ajar yang diberikan , Walaupun bidang pengajian saya jauh beza dengan minat saya di dalam ICT, Namun dunia saya adalah Gadjet-gadjet terkini, Ini membuatkan saya ingin mencuba sesuatu yang baru.
Di PID Simpang Empat , saya berpeluang mempelajari Baik Pulih Komputer serta mencuba sesuatu program komputer yang baru serta penggunaan Gadjet terkini . Saya hanya menyuarakan permintaan saya , Kak tie (Pn Rahimawati) akan melaksanakan secepat yang mungkin. Di bawah penguasaannya , baru-baru ini , saya dapat menjadikan PID sebuah pusat pembaikan komputer untuk pelajar-pelajar yang mendapat Notebook 1 Malaysia. Di samping saya dapat menambahkan pendapatan saya sepanjang saya bercuti semester, saya juga dapat mempelajari mengenai ICT. Terima Kasih PID Simpang Empat..

Kejayaan Usahawan PID Simpang Empat
**************************************************************************
Kejayaan Usahawan PID Simpang Empat
**************************************************************************
Peningkatan Pendapatan
Hj. Seman bin
Ramli atau Pak Long merupakan ahli di PID Yan sejak 2006. Permulaannya beliau
mengikuti kursus E-Services yang dianjurkan PID Yan pada tahun 2009. Diantara
kursus yang ditawarkan pada masa itu adalah pengiklanan melalui mudah.my.
Beliau mempunyai perniagaan homestay dan berminat untuk mempromosi homestay
beliau di internet. Beliau sering mengunjungi PID untuk bertanya mengenai
cara-cara memasukkkan iklan serta gambar dan beberapa perkara lain seperti
tamat tempoh iklan, susunan ayat yang menarik dan sebagainya. Pak Long
mempunyai dua buah homestay bertempat di Kg. Setar dan Taman Uda Alor Setar.
Homestay Pak Long boleh dilayari di alamat ini http://www.mudah.my/Homestay+Pak+Long+Kg+Setar+Yan+Kedah-12486442.htm.
Sehingga kini beliau telah mahir
menggunakan pengiklanan di mudah.my serta penggunaan e-mail. Pak Long juga
telah mengikuti bengkel GMBO yang dianjurkan oleh PID Yan pada bulan April
2013. Laman web Paklong boleh dilayari di www.homestaytmnuda.com.my. Laman
web tersebut kini membantu Paklong dalam mempromosi homestay beliau dan
mendapat tempat dihati pelanggan. Sehingga kini Paklong sentiasa berhubung
dengan PID Yan untuk mendalami ilmu ICT ini.
Kemahiran menggunakan perkhidmatan
Mohd Azmir Md Salleh juga merupakan ahli PID Yan. Beliau merupakan
seorang mekanik dan bercita-cita menjadikan anak beliau sebagai pelumba motorcross
profesional. Dengan bantuan pengurus PID beliau sering mendapatkan barang-barang
berkaitan motocross seperti helmet, jersi perlumbaan dan boot yang dibeli
melalui e-bay. Ini kerana pembelian melalui e-bay menjimatkan, barang berjenama
dan berkualiti selain harga yang murah. Selain membeli-belah, beliau juga dapat
melihat perlawanan mengenai motocross di internet dan ini menjadi inspirasi
beliau untuk mempertingkatkan lagi usaha untuk menjadi anak beliau seorang professional.
Selain itu, beliau kini menggalakkan anak-anak beliau untuk menyertai
perlawanan motocross yang diadakan sekitar yan untuk memberi pendedahan kepada
mereka. Beliau akan terus menggunakan
perkhidmatan yang ditawarkan di internet ini untuk membeli lain-lain
kelengkapan berkaitan motorcross pada masa akan datang.
************************************************************************
MAI SARAH BINTI AZIZ
(Peserta bengkel GMBO)
http://www.ikhmaliris.com.my/products
http://www.ikhmaliris.com.my/products
Dengan menyertai bengkel gmbo di PID Bukit Kayu Hitam, saya
mendapat lagi cara untuk mempromosikan produk melalui internet dan
alhamdulillah, permohonan geran saya telah berjaya. Dengan duit RM1000 saya
dapat lagi mengembangkan perniagaan saya bersama suami. Selain itu, saya juga
dapat mendalami ilmu ict kerana saya kurang mahir dalam bidang ict. Dengan
tunjuk ajar dari Cik Lina, saya dapat meningkatkan lagi ilmu dalam bidang ict.
In Shaa Allah, saya akan selalu mengunjungi dan menggunakan kemudahan yang
telah disediakan.
*****************************************************************************
*****************************************************************************
Pusat Internet Desa Kupang
Sasaran 100 orang peserta GMBO
Memandangkan permintaan tinggi peserta setakat ni sudah melebihi sasaran sebenar iaitu 215 orang peserta . Pencapaian untuk GMBO amat mendapat sambutan ramai . Kelebihan menjadi peserta GMBO adalah geran RM 1000.00 dan laman web , dengan kata lain dapat mempertingkatkan daya pesaingan niaga yang sihat , satu contoh peserta GMBO yang paling aktif adalah Mak Jang Asiah (www.makjangsimpulkasih.com.my ) , kata beliau dengan adanya modal RM 1000.00 ini , ia dapat mengurangkan sedikit bebanan untuk membuat kuih muih dan memasarkan.Bengkel latihan GMBO akan berterusan sehingga hujung tahun ini.

0 comments:
Post a Comment