Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Internet Desa dengan Kg. Sg. Belati sempena program yang diadakan di kampung tersebut.
Pelbagai acara sukaneka turut diadakan seperti mewarna kanak-kanak, kerusi berirama, kuiz, pertandingan gagau ikan, pertandingan memasak dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, penduduk kampung turut diwar-warkan mengenai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Desa Simpang Empat khasnya serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Satu taklimat eRezeki turut diadakan bagi membolehkan penduduk kampung menjana pendapatan.
0 comments:
Post a Comment