13 September 2017

Filled Under:

Program Sambutan Kemerdekaan 2017

Program ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Zon 1 dengan kerjasama daripada Pusat Dalam Komuniti Mustika, Pusat Dalam Komuniti Nurkasih dan Rumah Amal Daerah Yan. Program telah dijalankan di Rumah Amal Daerah Yan mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari.

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, mencari harta karun dan kuiz kemerdekaan. Seramai 85 orang peserta terdiri daripada pelatih dan guru mengambil bahagian pada acara tersebut dan memberikan kerjasama yang amat baik dan mengambil bahagian pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Diakhir program para peserta menyanyikan lagu Negaraku dan 31 Ogos bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sambil mengibarkan jalur gemilang.


















0 comments:

Post a Comment