13 September 2017

Program Sambutan Kemerdekaan 2017

Program ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Zon 1 dengan kerjasama daripada Pusat Dalam Komuniti Mustika, Pusat Dalam Komuniti Nurkasih dan Rumah Amal Daerah Yan. Program telah dijalankan di Rumah Amal Daerah Yan mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari.

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, mencari harta karun dan kuiz kemerdekaan. Seramai 85 orang peserta terdiri daripada pelatih dan guru mengambil bahagian pada acara tersebut dan memberikan kerjasama yang amat baik dan mengambil bahagian pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Diakhir program para peserta menyanyikan lagu Negaraku dan 31 Ogos bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sambil mengibarkan jalur gemilang.
















06 September 2017

Kursus Cuti Sekolah Ogos 2017 @ PID YAN

Cuti sekolah datang lagi. Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Internet Desa Yan sepanjang cuti sekolah bulan Ogos bermula 27 hingga 30 Ogos 2017. Kursus kali ini bertemakan Hari Kebangsaan ke 60. Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta sehingga kursus perlu dibuat 3 sesi dalam 1 hari iaitu 9 hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 tengahari dan 3 petang hingga 5 petang.

Di antara aktiviti yang diadakan adalah :

1. MEMBUAT POSTER HARI KEBANGSAAN
   
    Tarikh : 27 Ogos 2017
    Peserta : 14 orang






2. MELUKIS JALUR GEMILANG DENGAN MS POWERPOINT

    Tarikh : 28 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 23 Orang





3. MEMBUAT VIDEO 

    Tarikh : 29 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 15 Orang





4. MERDEKA CONTEST

    Tarikh : 30 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 20 Orang