13 September 2017

Program Sambutan Kemerdekaan 2017

Program ini adalah anjuran Pusat Internet Desa Zon 1 dengan kerjasama daripada Pusat Dalam Komuniti Mustika, Pusat Dalam Komuniti Nurkasih dan Rumah Amal Daerah Yan. Program telah dijalankan di Rumah Amal Daerah Yan mulai jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari.

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, mencari harta karun dan kuiz kemerdekaan. Seramai 85 orang peserta terdiri daripada pelatih dan guru mengambil bahagian pada acara tersebut dan memberikan kerjasama yang amat baik dan mengambil bahagian pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Diakhir program para peserta menyanyikan lagu Negaraku dan 31 Ogos bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sambil mengibarkan jalur gemilang.
















06 September 2017

Kursus Cuti Sekolah Ogos 2017 @ PID YAN

Cuti sekolah datang lagi. Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Internet Desa Yan sepanjang cuti sekolah bulan Ogos bermula 27 hingga 30 Ogos 2017. Kursus kali ini bertemakan Hari Kebangsaan ke 60. Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta sehingga kursus perlu dibuat 3 sesi dalam 1 hari iaitu 9 hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 tengahari dan 3 petang hingga 5 petang.

Di antara aktiviti yang diadakan adalah :

1. MEMBUAT POSTER HARI KEBANGSAAN
   
    Tarikh : 27 Ogos 2017
    Peserta : 14 orang






2. MELUKIS JALUR GEMILANG DENGAN MS POWERPOINT

    Tarikh : 28 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 23 Orang





3. MEMBUAT VIDEO 

    Tarikh : 29 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 15 Orang





4. MERDEKA CONTEST

    Tarikh : 30 Ogos 2017
    Bilangan Peserta : 20 Orang














08 May 2017

eRezeki Initiatif

Kepada komuniti diluar sana yang ingin menambah pendapatan boleh daftar dengan mana-mana Pusat Internet Desa untuk bengkel eRezeki




AKTIVITI PELAJAR DI PUSAT INTERNET DESA KUALA NERANG

Antara gambar aktiviti yang telah berlangsung di Pusat Internet Desa Kuala Nerang sepanjang bulan lepas yang mana antara program adalah pembelajaran:
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excell
  • Microsoft PowerPoint
  • Bengkel #YouCanDuit
Kepada yang berminat boleh daftar di mana-mana Pusat Internet Desa ZON 1 berhampiran anda:
  • Pusat Internet Desa Kuala Nerang  047865284 
  • Pusat Internet Desa Yan 044659310
  • Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam 049222003
  • Pusat Internet Desa Kupang 044761688
  • Pusat Internet Desa Simpang Empat 049806901
 















13 April 2017

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP 2017



OBJEKTIF PROGRAM:

1.       Mengajar para pelajar di pendalaman mengenai adobe photoshop
2.       Mengajar para pelajar mengenai editing gambar
3.       Kolaborasi antara Pusat Internet Desa Zon 1 bersama Mini RTC Kampung Kok Klang .

PENGISIAN:

Pengisian yang pertama , slot Video (asas) sebagai pengenalan “ apa itu Adobe Photoshop” , “ bagaimana teknik-teknik pembelajaran “ dan mereka haruslah menghasilkan sesuatu  hasil kerja yang terhebat sepanjang sesi pembelajaran di jalankan.

Sesi Pembelajaran:
1.       Pengenalan Adobe Photoshop
2.       Tulisan Berapi
3.       Editing Gambar

4.       Pertandingan.


02 February 2017

Kursus MS Publisher

Tarikh : 10 Januari 2017
Tempat : PID YAN

Agenda kursus :

1.       Pengenalan kepada MS Publisher
2.       Pengenalan kepada ikon-ikon dan tools yang digunakan untuk menghasilkan penerbitan
3.       Penerangan mengenai saiz penerbitan yang bersesuaian
4.       Latihan menghasilkan kad perniagaan, flyers, kad kahwin dan buku program









Kursus Asas Aplikasi Komputer


Tarikh : 1 Januari hingga 31 Januari 2017
Tempat : PID Yan

OBJEKTIF PROGRAM      :
1.     Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.    Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.   Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.    Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk berhubung pada masa kini.







17 January 2017

Aktiviti bulan Disember 2016 PID Kuala Nerang

Antara gambar-gambar peserta kelas komputer bagi bulan Disember 2016 yang mana baru sahaja tamat dan kini kami mencari peserta-peserta di kalangan lepasan SPM yang berminat untuk mempelajari ilmu asas komputer serta mengikuti bengkel-bengkel ICT yang ditawarkan. Kepada yang berminat boleh datang terus ke Pusat Internet Desa Kuala Nerang ataupun hubungi/wasap di 0195151757/0135986186