13 May 2015

Filled Under:

Bengkel ICT Bersama PASTI Negeri Perlis

Bengkel ICT telah diadakan pada 14, 21 dan 28 April 2015 bertempat di 3 buah PASTI di Negeri Perlis iaitu PASTI Al-Fateh, Behor Mali, Simpang Empat Perlis, PASTI Al-Islah 1 dan 2 di Taman Seri Guar, Kangar Perlis. Keseluruhan peserta adalah seramai 177 orang kanak-kanak prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun dari 3 buah PASTI.

Objektif program ini diadakan adalah :
  1. Memberi kesedaran ICT kepada kanak-kanak pra sekolah PASTI serta meneroka alam ict dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan
  2. Memperkenalkan kepada para pelajar tadika PASTI mengenai asas pengenalan komputer
  3. Memperkasa dan membudayakan ICT di kalangan masyarakat
  4. Membolehkan para pelajar tersebut menggunakan kemudahan IT dengan bijak.

Kami juga dalam usaha membimbing para peserta agar dapat menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam kehidupan harian sesuai dengan moto kami “Merapatkan Jurang Digital”.

Bengkel ICT ini merangkumi pengenalan asas komputer, persembahan slaid powerpoint, tayangan video serta pembelajaran interaktif melalui komputer yang sesuai dijadikan sebagai platform yang menarik bagi melatih para pelajar mengenai ICT yang digunakan secara meluas di dalam sektor pendidikan. Para pelajar akan diberi ruang menggunakan kemudahan komputer dan laptop di dalam persembahan slaid. Selain daripada itu, terdapat juga sesi melukis menggunakan perisian paint. Para pelajar diberi peluang untuk melukis sendiri menerusi perisian tersebut mengikut tunjuk ajar daripada fasilitator. Mereka diberi latihan intensif dan praktikal di atas platform tersebut di mana mereka akan terus belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT. 










0 comments:

Post a Comment