12 March 2015

Pertandingan Selok Mentarang, Kg. Sg. Belati

Pertandingan Selok Mentarang anjuran JKKK Kampung Sungai Belati telah diadakan seawal jam 7.00 pagi oleh para peserta dari Kampung Sungai Belati. Persiapan khemah  PID telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan memasang banner dan kiosk PID. Khemah PID telah menerima kunjungan daripada ADUN Simpang Empat iaitu Yang Berhormat Tuan NurulHisham Bin Yaakob dan JKKK Kampung Sungai Belati iaitu En. Hasan Bin Ya.

Pelbagai acara telah diadakan sepanjang karnival di antaranya acara selok mentarang yang diadakan di kawasan pantai Kg. Sungai Belati, acara tiup belon, mewarna kanak-kanak, teka silangkata ICT, teka coklat, kucing tercantik dan bermacam-macam-macam lagi. Pertandingan ini dimeriahkan dengan kehadiran orang-orang kampung yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam melancarkan program ini.