26 January 2015

Kaji Selidik Bersama UUM PID Kuala Nerang

Soal Selidik Pengguna dan Bukan Pengguna Dalam merapatkan Jurang Digital
Tarikh: 26 Januari 2015
Masa: 11 pagi
Oleh: Professor Dr. Zulkhairi Bin Md Dahalin PHD,SDK,AMK
School of Computing UUM
Bilangan responden:20 orang mengikut peringkat umur






22 January 2015

Bengkel pengenalan internet dan emel kepada golongan wanita/warga emas

Bengkel pengenalan kepada internet dan emel berjalan di Pusat Internet Desa Kuala Nerang selama 3 jam yang menjurus kepada golongan wanita/warga emas yang mana mereka mejalankan perniagaan kecil di daerah ini. Pada hari ini 22 Januari 2015 kita telah adakan bengkel asa kepada mereka dan lanjutan adalah blog dan fb page pada minggu hadapan.

Kepada komuniti lain yang berminat bolehlah datang ke Pusat Internet Desa Kuala Nerang ataupun Pusat Internet Desa yang berdekatan dengan anda.





14 January 2015

Permohonan/kemaskini BRIM

Membantu komuniti pada cuti hujung minggu. Ini adalah salah seorang pakcik yang datang ke PID Kuala Nerang untuk kemaskini permohonan BRIM beliau. Beliau bekerja sendiri dengan mengambil upah memotong rumput di rumah-rumah taman sekitar pekan  Kuala Nerang dengan pendapatan hanya RM400 dalam menyara keluarga.

Golongan-golongan inilah sebenarnya yang patut kita bantu dan kita juga boleh melihat riak wajah mereka yang sanagt berharap pada bantuan BRIM ini. Jadi marilah kita sama-sama membatu golongan seperti ini.







Kursus Asas Komputer PID Kuala Nerang

Jangan ketinggalan, kursus asas komputer untuk Januari dan Februari masih dibuka. Datang terus ke Pusat Internet Desa Kuala Nerang, Bersebelahan Pejabat Pos Kuala Nerang atau hubungi kami Faizan : 0135986186
Shamsul : 0195151757