23 June 2015

Bengkel ICT Dengan Kerjasama Rumah Budi Yan

Tarikh : 16 Jun 2015
Tempat : PID Yan dan Rumah Budi Yan
Fasilitator : PID Zon 1

Bengkel ICT ini meliputi Bengkel Adobe Photoshop, MS Powerpoint dan Baikpulih Komputer. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar yang menetap di Rumah Budi Yan, Kedah. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.


Bengkel Adobe Photoshop


Bengkel MS Powerpoint


Bengkel BaikPulih Komputer





Bengkel Adobe Photoshop Siri 2/2015

Tarikh : 10 Jun 2015
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Tenaga Pengajar : En. Shahiran Mohamad Ali (PID Kupang)

Bengkel Adobe Photoshop pada kali ini diadakan dengan kerjasama daripada Pusat Dalam Komuniti Mustika Yan. Bengkel ini dihadiri oleh lima orang pelajar dan dua orang guru PDK.








21 May 2015

Bengkel Audacity

Tarikh : 14 Mei 2015
Masa : 10 pg - 12 tgh
Tempat : Pusat Internet Desa Yan

Audacity adalah satu perisian yang digunakan untuk menyunting audio dan merekod suara. Ia merupakan perisian percuma yang boleh dimuatturun melalui internet. 


Empat orang peserta terdiri daripada dua orang belia dan 2 orang dewasa menyertai kursus ini. Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu mengenai kegunaan perisian ini.Agenda kursus adalah seperti berikut:

Agenda
  • Taklimat ringkas mengenai perisian
  • Pengenalan mengenai tools asas dalam audacity iaitu envelope tool, time shift tool dan selection tool
  • Merekod suara
  • Menyalin, memotong dan menampal audio
  • Merekod dan memasukkan suara ke dalam audio
  • Penggunaan effects bass boost, change pitch dan change speed










AKTIVITI BENGKEL ICT LANJUTAN

Bengkel ICT Lanjutan , dijalankan di Pusat Internet Desa Kupang . Seramai 8 orang peserta termasuklah seorang warga emas berusia 72 tahun.
Bengkel ICT Lanjutan termasuklah 
Bengkel Photoshop CS3 ( 05/05/2015 ) 
Audacity ( 06/05/2015)
Blog ( 07/05/2015 )
Photostory 3 ( 11/05/2015 ) 
Photoscape ( 13/05/2015 )
Camtasia Studio 8 ( 14/05/2015 )


Gambar Semasa Bengkel dijalankan 
Bengkel Photoshop CS3 ( 05/05/2015 ) 



 Gambar Semasa Bengkel dijalankan
Audacity ( 06/05/2015)



 Gambar Semasa Bengkel dijalankan
Blog ( 07/05/2015 )




Gambar Semasa Bengkel dijalankan
Photostory 3 ( 11/05/2015 ) 




Gambar Semasa Bengkel dijalankan
Photoscape ( 13/05/2015 )


Gambar Semasa Bengkel dijalankan
Camtasia Studio 8 ( 14/05/2015 )







13 May 2015

Bengkel ICT Bersama PASTI Negeri Perlis

Bengkel ICT telah diadakan pada 14, 21 dan 28 April 2015 bertempat di 3 buah PASTI di Negeri Perlis iaitu PASTI Al-Fateh, Behor Mali, Simpang Empat Perlis, PASTI Al-Islah 1 dan 2 di Taman Seri Guar, Kangar Perlis. Keseluruhan peserta adalah seramai 177 orang kanak-kanak prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun dari 3 buah PASTI.

Objektif program ini diadakan adalah :
  1. Memberi kesedaran ICT kepada kanak-kanak pra sekolah PASTI serta meneroka alam ict dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan
  2. Memperkenalkan kepada para pelajar tadika PASTI mengenai asas pengenalan komputer
  3. Memperkasa dan membudayakan ICT di kalangan masyarakat
  4. Membolehkan para pelajar tersebut menggunakan kemudahan IT dengan bijak.

Kami juga dalam usaha membimbing para peserta agar dapat menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam kehidupan harian sesuai dengan moto kami “Merapatkan Jurang Digital”.

Bengkel ICT ini merangkumi pengenalan asas komputer, persembahan slaid powerpoint, tayangan video serta pembelajaran interaktif melalui komputer yang sesuai dijadikan sebagai platform yang menarik bagi melatih para pelajar mengenai ICT yang digunakan secara meluas di dalam sektor pendidikan. Para pelajar akan diberi ruang menggunakan kemudahan komputer dan laptop di dalam persembahan slaid. Selain daripada itu, terdapat juga sesi melukis menggunakan perisian paint. Para pelajar diberi peluang untuk melukis sendiri menerusi perisian tersebut mengikut tunjuk ajar daripada fasilitator. Mereka diberi latihan intensif dan praktikal di atas platform tersebut di mana mereka akan terus belajar menggunakan kemudahan teknologi ICT. 








Mesyuarat AJK PID Yan

Tarikh : 5 April 2015
Masa : 10 pg hingga 12 tengahari



Bengkel Photoshop Siri 1/2015

Bengkel Photoshop buat pertama kalinya diadakan di PID Yan pada 26 April 2015. 7 orang peserta mengambil bahagian terdiri daripada para belia lepasan SPM dan golongan wanita. Pendaftaran peserta diadakan seawal jam 9.30 pagi.

OBJEKTIF
  •        Memberi kemahiran dan memperkenalkan ciri-ciri Photoshop CS1
  •      Mengasah bakat dan kreativiti para peserta
  •      Menjadikan Photoshop sebagai peluang untuk menjana pendapatan

Diantara teknik-teknik asas yang diajar didalam bengkel ini adalah digital makeup, transform dan effect terminator. Para peserta begitu kusyuk mempelajari 3 teknik tersebut dan diharap dapat menggunakan teknik dalam menghasilkan rekabentuk yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.



Bengkel Senangnya ICT @ MMAS

Fasilitator : PID Zon 1
Yang Berusaha : Puan Asiah (Presiden Kelab Komputer MMAS)

Satu bengkel Senangnya ICT telah berlangsung pada 17 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer Maktab Makmud Alor Setar, Kedah. Bengkel ini disertai oleh para pelajar dari Ahli Kelab Komputer MMAS iaitu seramai 54 orang. Bengkel ini merangkumi pembelajaran menghasilkan Penceritaan Digital (Digital Story Telling) yang melibatkan dua aplikasi yang mudah iaitu Photostory dan Audacity.

Terima kasih kepada para pelajar dan Presiden yang memberi sepenuh komitmen dan sokongan dalam menjayakan bengkel ini.

Jumpa lagi...


Sesi pembelajaran Audacity
Sesi pembelajaran Photostory

Sesi penyampaian hadiah video terbaik

Fasilitator bersama Cikgu Asiah Asmuni


22 April 2015

BENGKEL LATIHAN ICT LANJUTAN 3 PID

PENGENALAN
Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian menyunting gambar yang popular digunakan hari ini. Photoshop dapat kita gunakan untuk melakukan segala hal yang berhubungan dengan suntingan gambar mulai dari keperluan fotografi, memperbaiki gambar, memanipulasi gambar , cover design, portrait design, advertisement design, design, design web serta design kreatif lainnya. Dengan segala kelengkapan fiturnya, membuat Photoshop menjadi software terpopular dan banyak digunakan oleh Pakar Rekabentuk.

OBJEKTIF
1. Memberi kemahiran dan memperkenalkan ciri-ciri Photoshop CS1
2. Mengasah bakat dan kreativiti para peserta
3. Menjadikan Photoshop sebagai peluang untuk menjana pendapatan

TENTATIF PROGRAM
 09.00-09.30 Pendaftaran peserta
 09.30-10.00 Pengenalan Adobe Photoshop
10.00-10.30 Pengenalan Icon-icon yang terdapat dalam Adobe Photoshop
10.30-1.00 Sesi pembelajaran

 Teknik Digital Make Up
 Teknik Tranform (Perubahan Wajah)
 Teknik Effect Terminator

01.00-02.00 Rehat
02.0-03.00 Sambungan pembelajaran
03.30-04.00 Pertandingan penghasilan imej
04.00-04.15 Penyampaian hadiah dan tamat

16/03/2015
PID SIMPANG EMPAT , PERLIS
LAPORAN BERGAMBAR

18/03/2015
PID BUKIT KAYU HITAM ,KEDAH
LAPORAN BERGAMBAR


26/03/2015
PID YAN , KEDAH
LAPORAN BERGAMBAR